Khamis, 20 November 2014

Maafkan saya... akan datang 2015

Dah lama tak menjenguk page ni.
Saya dah jadi isteri orang, Alhamdulillah syukur Ya Allah, Allah pertemukan jodoh ku.

Rabu, 30 Januari 2013

"Hijrah itu Pengorbanan"... yang menutupi, yang melindungi itu sangat indah. Allah Maha Cantik... Jagalah aurat mu, pasti dihormati...

Selasa, 29 Januari 2013

Kadang2

sometimes i hate u but at the same time i miss u so much...

mencintaimu bagai memiliki pelangi...pelangi yang mengundang tsunami dihati...

Trauma putus kasih...masihkah ada cinta.???

Hampir setengah tahun saya meninggalkan zaman study, hakikatnya kerinduan untuk terus myambung pgajian tetap ada...semoga ape yg dirancang akan menjadi kenyataan.Saya hanya mampu berdoa.

Dengan peningkatan usia saya perlu ada kerjaya atau dalam erti kata lain saya ingin mulakan hidup baru. Dia mahu tinggalkan kenangan yang selama ini membelenggu diri saya.4 tahun sukar untuk saya,melupakan kisah cinta pertama saya.Mengingatinya kisah cinta yang kecundang, hati jadi sayu.Sering menyalahkan diri sendiri dengan kesilapan yang lalui.Sepatutnya aku bersyukur mengenalinya tapi jiwa remaja ketika itu tidak teguh.Siapa la mampu menakluki hati manja ini...sensitif ini...sukar untuk mengubah sikap yang sememangnya sering dimanja-manjakan yang sebati ini.

Berpisah dengan dia amat menyedihkan. Dulu saya tak boleh sebut langsung namanya tapi saya bertanya kepada diri saya sendiri, sampai bila saya hendak meratap dan menangis? Orang dah tidak sudi dan anggap saja tiada jodoh antara saya dan dia. Lama juga untuk saya bangkit semula dan kini Alhamdulillah saya sudah boleh melupakan sedikit demi sedikit kenangan itu.

Selepas kami berpisah,pernah sekali pun kami bertembung di airport.Memang kelu lidah saya waktu itu.Hati meronta2 ingin menegurnya.Ego ini hanya mampu melihatnya dari jauh sahaja.

Kadang2

"sometimes i hate u but at the same time i miss u so much..."

"mencintaimu bagai memiliki pelangi...pelangi yang mengundang tsunami dihati..."

Welcome 2013... February coming !!!

Ya Allah, Ya Tuhanku ... Love Allah & Thank U ALLAH...

Khamis, 31 Mac 2011

Selalu Ada

Saat malam tak lagi bicara
aku ternanti-nanti satu bicara
yang akan menghiburku
menghapus segala sedih
saat aku tak kuat
aku ternanti-nanti
tangan yang akan menopangku
menahan aku dari jatuh
Saat airmataku mengalir
aku rindukan seseorang
yang akan mengusap pipiku
kerana tidak rela airmataku terus mengalir
ketika saat segala-galanya hilang
aku ternanti-nanti seseorang
yang akan membuatkan aku rasa dipenuhi.

Aku tahu kerana Dia
semua itu dipenuhi
dan sentiasa akan terjadi
kerana setiap saat bicara-Nya ada untukku
kerana setiap saat tangan-Nya ada untukku
kerana setiap saat aku dalam dalam ingatan-Nya
kerana setiap saat Dia selalu ada untukku

~Nik Azura ^ Nur Quistina~

Jumaat, 25 Mac 2011

Kisah Cherry & ...


"Serat buah cerry yang tertinggi terdapat pada kulitnya", ujar Felicia Busch, seorang ahli nutrisi St Paul, Minn, sekaligus sebagai penulis The New Nutrition from Antioxidants to Zucchini.

Menurut Busch, cherry kaya akan vitamin C sebaik potasium, yang dapat menstabilkan tekanan darah. Anda dapat menikmati buah cherry yang telah dikeringkan dengan menyampurkannya dengan sereal.

Kali pertama, saya makan cherry ketika menemani dia untuk membeli cherry. Anak mak ni nak beli cherry untuk ibunya. Katanya, ibunya sangat suka makan buah cherry.Buah cherry agak mahal jugak, tapi best. Rasa makan gula2. Bulat, kecil...cute je. Color dia yang menarik...merah bersinar, licin je. Rasanya sama seperti manfaat buahnya. Tak rugi mencubanya. Terima kasih anak mak coz belikan cherry untuk zura...

Banyakkan makan buah-buahan. Badan sihat, Hidup bahagia...

Khamis, 24 Mac 2011

- Selamat Ulang Tahun... Sayang -

*HaPPy ^____^ BirthDay* Nik Azura


Alhamdulillah, Selamat Ulang Tahun Kelahiran. Genap 25 tahun sudah.Semoga Allah permudahkan segala urusan diriku di dunia dan akhirat.Moga di usia ini, zura lebih matang dan tabah menghadapi setiap dugaan Illahi.

Terima kasih buat insan2 yang sentiasa mendoakan dan berada di belakang zura di dalam susah senang zura.Segala baik kalian,tiada nilainya.I LOVE U ^__^

Jumaat, 11 Mac 2011

Cinta Biar Satu

Cinta,
aku tunggu kamu
di manakah cinta ku
kembalilah
aku tetap menunggu
Cinta,
aku hanya satu
setia menanti

Cinta ku
yang satu
biar terpisah
dengan jarak dan waktu
kerana mu cinta ku
aku tahu
jarak dan waktu
akan bersatu
aku menunggu

Cinta biar satu

Selasa, 26 Oktober 2010

Kadang-kadang

Kadang-kadang insan yg kita sayang boleh jadi insan yang paling kita benci bila terbit kekeliruan...itu yang buat kita lakukan sesuatu kesilapan tanpa sengaja kita...
cuma manusia biasa...

Ingat Yang Terindah

Alhamdulillah...

Zura masih lagi bernafas di bumi Indah ini.Sebenarnya x da ape2 pun yg zura nak coretkan.Oktober 2010 ni, genaplah 1 thn zura bkerja kat sini.Syukur, sekurang2nya zura banyak belajar dan pengalaman ini sungguh bharga.Zura belajar cari duit yang halal.Zura belajar tidak myusahkan famili lagi.Tapi zura rindu nak manja2 mcm dulu lagi.Zura x biasa hidup susah, zura takut kalo zura susah@ xda duit.Abah, zura rindu...rindu famili...rindu kawan2 studi...

Ha3, naik semak blog ni...lama sgt zura x cuci...x tahu la bila la zura btl2 nak aktif bblog ni...huhuhu...kawan2 pun x tahu kwujudan blog ni...bkn x sudi tapi zura malas nak kecoh2...dah berapa lama tah blog ni wujud.

Ok la, x tahu nak bebel ape tah...kerja baik2 ya zura...anak abah...
^__^

Khamis, 7 Januari 2010

KerJa...Best ke???

Selamat Datang Januari 2010:

Genap 4 bulan zura keja sebagai...Alhamdulillah.Tapi bila memikirkan bab2 pentadbiran...kewangan zura mudah tension,sangat tertekan,banyak berfikir,mudah marah,apatah lagi muka mudah berubah(mencuka).Paling tension & terpaksa pendam bila zura dikritik hebat & di tegur my bos...biasa lah dah namanya bos:
"zura senyum","serius nya","emosional","pelupa","makan madu x?","makan kismis x?","focus","teliti"...macam2 lagi yang menyentuh perasaan.

Kesimpulan kerja yang baru ditempuhi ini,moga-moga ditempuhi dengan kesabaran:
*tiada life
*enviroment yang tak macam study.
*x da kawan nak share masalah/luah perasaan ini...hu3
*bile kite kena independent bile ada task
*presentation...
KENANGAN TERINDAH & DAIRI SEORANG LELAKI???

"orang kata benda lepas buang jauh2,hakikatnya yang lama juga kita kenangkan".

"orang kata cari lah cinta hati,bila dapat jangan lepaskan.Tapi macam mana jika sebaliknya,cinta hati tu yang lepaskan kita".

urmmm...with this song i fell in love...no that i dont have my love anymore i just sing to remember what we did...^____^

PeNuh MakNA..

DAIRI SEORANG LELAKI:
Dari semalam kutunggu
Fikir kau pulang ke pangkuanku
Kudengarkan lagu cinta
Pilihan terbaik kita

Kumainkan CD berulang
Lupakan segala ucapan
Perpisahan yang kau pinta

Benar dikau kucinta
Setiap detik kupuja
Kau sering perhatiku
Sambil belai rambutmu
Tak ingin aku lupa
Kenangan yang tercipta
Berikan aku diari kutulis setiap hari

Terjaga dari tidurku
Terima panggilan dari jauh
Katakan saja kau rindu
Setahun kuhilang arah
Kutempahkan tiket sehala
Malam ini kitakan bertemu
Tunggu dibawah lampu

Bercinta bersatu
Bagai Adam dan Hawa
Bergaduh seksa buat kita sempurna
Janganlah dipendam luahkan perasaan
Tiada benci dihati itulah destinasi

^___^