Saat malam tak lagi bicara
aku ternanti-nanti satu bicara
yang akan menghiburku
menghapus segala sedih
saat aku tak kuat
aku ternanti-nanti
tangan yang akan menopangku
menahan aku dari jatuh
Saat airmataku mengalir
aku rindukan seseorang
yang akan mengusap pipiku
kerana tidak rela airmataku terus mengalir
ketika saat segala-galanya hilang
aku ternanti-nanti seseorang
yang akan membuatkan aku rasa dipenuhi.
Aku tahu kerana Dia
semua itu dipenuhi
dan sentiasa akan terjadi
kerana setiap saat bicara-Nya ada untukku
kerana setiap saat tangan-Nya ada untukku
kerana setiap saat aku dalam dalam ingatan-Nya
kerana setiap saat Dia selalu ada untukku