Selasa, 29 Januari 2013

Trauma putus kasih...masihkah ada cinta.???

Hampir setengah tahun saya meninggalkan zaman study, hakikatnya kerinduan untuk terus myambung pgajian tetap ada...semoga ape yg dirancang akan menjadi kenyataan.Saya hanya mampu berdoa.

Dengan peningkatan usia saya perlu ada kerjaya atau dalam erti kata lain saya ingin mulakan hidup baru. Dia mahu tinggalkan kenangan yang selama ini membelenggu diri saya.4 tahun sukar untuk saya,melupakan kisah cinta pertama saya.Mengingatinya kisah cinta yang kecundang, hati jadi sayu.Sering menyalahkan diri sendiri dengan kesilapan yang lalui.Sepatutnya aku bersyukur mengenalinya tapi jiwa remaja ketika itu tidak teguh.Siapa la mampu menakluki hati manja ini...sensitif ini...sukar untuk mengubah sikap yang sememangnya sering dimanja-manjakan yang sebati ini.

Berpisah dengan dia amat menyedihkan. Dulu saya tak boleh sebut langsung namanya tapi saya bertanya kepada diri saya sendiri, sampai bila saya hendak meratap dan menangis? Orang dah tidak sudi dan anggap saja tiada jodoh antara saya dan dia. Lama juga untuk saya bangkit semula dan kini Alhamdulillah saya sudah boleh melupakan sedikit demi sedikit kenangan itu.

Selepas kami berpisah,pernah sekali pun kami bertembung di airport.Memang kelu lidah saya waktu itu.Hati meronta2 ingin menegurnya.Ego ini hanya mampu melihatnya dari jauh sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan